home *** CD-ROM | disk | FTP | other *** search
/ Freelog 125 / Freelog_MarsAvril2015_No125.iso / Divers / SmartSwitch / SmartSwitch_2.5.14123_3.exe / 1086 / TXT / 389
Text (UTF-16)  |  2015-01-05  |  20KB  |  50 lines

  1. Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Penukaran Pintar Samsung
  2.  
  3. Baca Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Penukaran Pintar Samsung ("Perjanjian") dengan teliti sebelum menggunakan perisian Penukaran Pintar Samsung kerana ia mengandungi maklumat penting.
  4.  
  5. Penukaran Pintar Samsung adalah program perisian yang membolehkan anda memindahkan data anda sendiri, seperti maklumat kenalan dan data jadual serta kandungan peribadi lain, ke peranti yang dikeluarkan Samsung Electronics Co., Ltd. ("Samsung") termasuk telefon selular dan pemain MP3.
  6.  
  7. Dengan menggunakan perisian Penukaran Pintar Samsung ini, anda bersetuju untuk mematuhi Perjanjian. Jika tidak, anda tidak boleh menggunakan perisian ini. Apabila anda mengklik "Saya menerima terma perjanjian lesen" untuk memasang perisian, anda dianggap telah bersetuju dengan Perjanjian. Jika anda tidak bersetuju, klik butang "Batal" supaya anda tidak memasang perisian ini.
  8.  
  9. Amaran: Perisian Penukaran Pintar Samsung ini boleh digunakan untuk tujuan penghasilan semula. Lesen anda kepada penghasilan semula adalah terhad kepada penghasilan semula bahan tidak berhak cipta, bahan pada mana anda memiliki hak cipta atau bahan yang anda telah mendapat keizinan yang betul atau sah untuk penghasilan semula.
  10.  
  11. 1. Hal Ehwal Am
  12. Tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, Samsung membenarkan anda melesenkan perisian, dokumen atau fon Penukaran Pintar Samsung — sama ada ia dalam cakera atau ROM, tidak kira jenisnya (secara kolektif, "Perisian Samsung"). Ini bermakna Samsung tidak menjual Perisian Samsung kepada anda. Selain itu, semua hak yang tidak ditentukan secara nyata sebagai hak anda di bawah perjanjian ini menjadi milik Samsung atau pihak kepada mana Samsung memberikan lesen ("Pemegang Lesen Samsung"). Hak yang ditawarkan dalam ini adalah terhad kepada hak harta intelektual Perisian Samsung dan tidak termasuk hak paten atau harta intelektual yang lain. Anda memiliki hak kepada media di mana Perisian Samsung direkodkan. Walau bagaimanapun, pemilik Perisian Samsung adalah Samsung atau Pemegang Lesen Samsung. Terma Perjanjian ini akan mentadbir sebarang naik taraf perisian yang disediakan Samsung yang menggantikan dan/atau merupakan tambahan kepada produk Perisian Samsung asal, melainkan naik taraf tersebut diiringi oleh perjanjian berasingan, dalam keadaan mana, terma perjanjian tersebut mempunyai keutamaan.
  13.  
  14. 2. Lesen
  15. Tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, anda diberikan lesen terhad bukan eksklusif untuk memasang dan menggunakan Perisian Samsung. Anda dengan ini boleh menggunakan Perisian Samsung hanya pada komputer yang anda miliki, pajak atau simpan dengan kaedah lain selain daripada kaedah yang ditetapkan dalam Artikel 3 (Pengehadan Lesen) pada Perjanjian ini. Samsung tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang disebabkan anda dengan menyediakan Perisian Samsung menerusi rangkaian di mana ia boleh digunakan oleh berbilang pengguna.
  16.  
  17. 3. Pengehadan Lesen
  18. Anda tidak dibenarkan untuk mengubahsuai, menterjemah, menyahpasang, menyahkompil atau melakukan kejuruteraan berbalik secara sembarangan, sebahagian atau sepenuhnya Perisian Samsung (kecuali setakat yang dibenarkan secara nyata di bawah undang-undang yang diguna pakai). Anda tidak boleh menggunakan Perisian Samsung untuk kelengkapan tenaga nuklear, kawalan trafik udara, pengendalian sistem komunikasi, kawalan pengangkutan awam, peranti sokongan hayat, atau peranti lain yang mungkin menyebabkan kematian, kecederaan atau kehilangan fizikal atau alam sekitar yang buruk jika Perisian Samsung ini tidak berfungsi pada peranti sedemikian. Sebarang percubaan untuk melakukan sedemikian adalah dianggap melanggar hak Samsung dan pemberi lesen Perisian Samsung.
  19.  
  20. 4. Pemindahan
  21. Anda tidak dibenarkan untuk memajak, menyewa atau menggunakan semula Perisian Samsung.
  22.  
  23. 5. Persetujuan Penggunaan Data
  24. Anda bersetuju bahawa Samsung atau pihak yang diberi amanah oleh Samsung boleh, setakat maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa, mengumpulkan dan menggunakan data dari peranti anda secara tetap. Data ini termasuk teknologi, maklumat ralat berkenaan dengan peranti digital dan perisian dan maklumat berkaitan dengan pengurusan pelanggan (khususnya, maklumat corak penggunaan, seperti kekerapan fungsi tertentu digunakan, kekerapan pemasangan/penyahpasangan dan jenis format fail yang telah ditambah, dll.) termasuk maklumat teknikal mengenai komputer, sistem, program aplikasi dan peranti persisian anda. Data ini akan digunakan untuk menawarkan kemas kinian Perisian Samsung, perkhidmatan sokongan produk dan perkhidmatan penting lain dan untuk mengesahkan bahawa anda menggunakan Perisian Samsung secara mematuhi terma dan syarat perjanjian ini. Samsung Electronics boleh menggunakan maklumat sedemikian untuk menaik taraf produk atau untuk menawarkan anda perkhidmatan dan sokongan teknologi asalkan anda tidak boleh dikenal pasti secara peribadi melalui maklumat tersebut.
  25.  
  26. 6. Penamatan
  27. Perjanjian ini berkuatkuasa sehingga penamatannya. Jika anda tidak mematuhi terma dan syarat Perjanjian ini, hak anda berdasarkan Perjanjian ini mungkin ditamatkan secara automatik tanpa notis lebih awal daripada Samsung. Anda hendaklah berhenti menggunakan keseluruhan Perisian Samsung selepas penamatan dan memusnahkan semua salinan perisian Samsung.
  28.  
  29. 7. Penafian Waranti
  30. Setakat yang tidak dilarang di bawah undang-undang berkuatkuasa, Samsung tidak menyediakan sebarang waranti terhadap ketepatan, kebolehpercayaan atau kestabilan Perisian Samsung. Selain itu, Samsung tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian daripada penggunaan perisian atau pincang tugasnya, atau daripada sebarang pelanggaran keselamatan. Walau bagaimanapun, pengecualian ini tidak digunakan apabila kerugian sedemikian berlaku akibat daripada sebarang niat atau kecuaian nyata Samsung.
  31.  
  32. Anda menyatakan dan bersetuju dengan jelas bahawa penggunaan Perisian Samsung dan Perkhidmatan yang ditentukan di atas adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.
  33.  
  34. Kecuali untuk waranti terhad dan setakat maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang berkuatkuasa, Perisian Samsung ditawarkan "SEPERTI SEDIA ADA" tanpa sebarang jenis waranti lain. Selain itu, Samsung dan Pemegang Lesen Samsung dengan ini menafikan semua waranti dan syarat berkenaan dengan Perisian Samsung sama ada secara nyata, tersirat atau statutori, termasuk tanpa had terhadap waranti dan/atau syarat tersirat kebolehniagaan, kualiti memuaskan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, atau tiada pelanggaran hak pihak ketiga.
  35.  
  36. Fungsi dalam Perisian Samsung mungkin tidak memuaskan semua keperluan anda. Ralat mungkin berlaku semasa pengendalian perisian, tetapi Samsung akan menjalankan naik taraf berpandukan dengan jadual pengubahsuaian programnya. Walau bagaimanapun, ini tidak menyatakan bahawa ia akan memperbetulkan semua ralat perisian. Walaupun Samsung dan Pemegang Lesen Samsung menawarkan maklumat atau nasihat lisan atau bertulis, ini tidak boleh dianggap sebagai peruntukan atau tawaran untuk menyediakan sebarang waranti nyata atau tersirat bagi Perisian Samsung tersebut.
  37.  
  38. 8. Pengehadan Liabiliti
  39. Setakat maksimum yang tidak dilarang oleh undang-undang berkenaan, dalam apa-apa keadaan sekalipun Samsung tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kecederaan peribadi atau sebarang kehilangan atau kerugian tidak langsung, khas, sampingan atau lanjutan termasuk tanpa had, kerugian keuntungan, kehilangan data, gangguan perniagaan atau kerugian komersial yang lain sama ada ia dialami daripada penggunaan Perisian Samsung atau sebarang ralat semasa penggunaan, tidak kira punca sebab yang mengakibatkan masalah tersebut. Ini digunakan tidak kira prinsip undang-undang untuk liabiliti (kontrak, tort atau lain-lain), walaupun Samsung dimaklumkan lebih awal mengenai kemungkinan kerugian sedemikian. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN LIABILITI UNTUK KECEDERAAN PERIBADI, ATAU KERUGIAN SAMPINGAN ATAU LANJUTAN, MAKA PENGEHADAN INI MUNGKIN TIDAK BERKUATKUASA TERHADAP ANDA.
  40.  
  41. 9. Undang-undang Mentadbir dan Kebolehasingan Perjanjian Ini hendaklah ditadbir dan diinterpretasikan menurut undang-undang Republik Korea tanpa merujuk pada prinsip percanggahan undang-undang. Penggunaan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa dengan ini dikecualikan secara nyata. Jika sebarang peruntukan atau sebahagian daripadanya didapati tidak dapat dikuatkuasakan, peruntukan lain Perjanjian ini adalah sah secara berterusan dan sepenuhnya.
  42.  
  43. 10. Keseluruhan Perjanjian dan Bahasa Utama
  44. Perjanjian ini merangkumi keseluruhan perjanjian antara pihak kepada mana Samsung memberikan lesen dan akan mengatasi semua perjanjian yang dibuat sebelumnya atau secara serentak. Tiada penggubalan atau pengubahsuaian pada Perjanjian ini akan menjadi terikat melainkan ia dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh Samsung. Sebarang penterjemahan Perjanjian ini dilakukan untuk keperluan tempatan dan jika berlaku pertikaian antara versi bahasa Inggeris dan bukan Inggeris, versi bahasa Inggeris Perjanjian ini akan mentadbir.
  45.  
  46. 11. Hak Cipta
  47. Samsung atau pemberi lesennya memiliki semua hak cipta dan hak harta untuk Perisian Samsung ini dan salinannya. Semua hak harta dan hak harta intelektual bagi kandungan yang disediakan kepada anda menerusi penggunaan Perisian Samsung ini adalah milik pemilik masing-masing dan dengan itu dilindungi oleh undang-undang hak cipta atau konvensyen antarabangsa yang berkenaan. Perjanjian ini tidak memberikan sebarang lesen untuk kandungan sedemikian. Samsung memiliki semua hak yang tidak dilesenkan secara nyata kepada pihak lain.
  48.  
  49. 12. Perakuan dan Terma Hak Pihak Ketiga
  50. Sebahagian Perisian Samsung menggunakan atau termasuk perisian pihak ketiga dan bahan berhak cipta lain. Perakuan, terma perlesenan dan penafian tambahan untuk bahan sedemikian terkandung dalam dokumentasi elektronik "dalam talian" untuk Perisian Samsung atau sebaliknya mungkin mengiringi bahan sedemikian dan penggunaan bahan sedemikian ditadbir oleh terma masing-masing.